Wujud Bandar Maya Gunakan GIS
Ayer Keroh, 27 Jan - Melaka mula menjalinkan hubungan korporatnya dengan negara Iran bagi mewujudkan Bandar Maya (Virtual City) dengan menggunakan Teknologi Maklumat Geografi (GIS) yang akan dimulakan di Hang Tuah Jaya, di sini.
Pengarah Bahagian K-Ekonomi, Azuddin Jud Ismail berkata, Kerajaan Negeri telah bersetuju menjalinkan kerjasama ini bagi meningkatkan kemajuan untuk mencapai maklumat di Melaka.
Menurutnya, sistem GIS yang akan digunakan ini mampu memberi kemudahan kepada Kerajaan Negeri dalam memproses data, mengumpul serta mendapatkan maklumat mengenai rakyat di seluruh negeri.
Sistem ini telah lama digunakan di Iran, malah di sana mereka telah menggajikan lebih 17,000 pekerja bagi mengendalikan sistem ini untuk Kerajaan mereka.
Oleh itu, kita berharap software ini dapat di bawa ke Melaka dan digunakan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu memudahkan pihak Kerajaan memantau dan menganalisis segala data mengenai rakyatnya.
Misalnya, melalui GIS, kita boleh mengetahui berapa ramai orang yang bernama Siti berumur 25 tahun dan yang belum berkahwin atau sebagainya.
"Ini adalah satu pekara mudah dan bukan mustahil untuk mengaplikasikanya di sini jika menggunakan GIS," katanya selepas mengadakan pertemuan bersama delegasi Iran di pejabatnya di sini baru - baru ini.
Sementara itu, wakil Iran, Country Manager of Safa Rayaneh, Javad Zarrin menegaskan, pihaknya gembira dengan kerjasama yang terjalin ini dan berharap agar GIS dapat di aplikasikan di Melaka, sekaligus menjadi negeri pertama yang mengunakannya.
Azuddin juga menjelaskan, Kerajaan Negeri akan menghantar empat pegawai Melaka ke Iran bagi mempelajari dan melatih mereka mengenai sistem terbabit.
Tuesday, February 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
pada pendapat aku.....pengunaan GIS ni sgatla bagus sb di company aku pun dlam proses implement this peluang to make all asset to security....sb senang nak maintain aset........tapi kenapa perlu dgn iran...kat malaysia ni kan ada je company2 yang jual n provide training guna gis........
ReplyDeleteGIS: opis aku pun ada satu dept GIS.. buat mender nak cari ke iran tu.. org kita pun dah lama aa kepakaran dibidang GIS nih.. since 2000 lagik opis aku dah ada GIS department sendiri...
ReplyDeletetp apa2 pun gud laa utk pembangunan negeri.. maybe kat iran lagi bagus dan expert kot.. cuma jgn sampai ianya tersasar dari matlamat asal dah laa
ReplyDeleteemm...aku pon da blajaq pasai GIS.tp 1 mende pon aku xpaham..hahaha..tp aku tau la aplikasi dia..it is good klu nk guna GIS ni..tp tu la..btpe nk guna expertise dr iran..malaysia pon byk gak..berlambak student yg grade in GIS
ReplyDeleteWah,kalau di sabah mcm tu kan bagus.Aku pon ke dlm bidang GIS dlm aliran Envoironmental n geologist company di sabah nie.Memang bagun dan berkesan sestem GIS ini.
ReplyDeleteCuma,bahagian mendapatkan n mengumpul datu tu saja yg memakan masa.
Lagi satu,klu nak harapkan pihak kerajaan saja,memang payah.Kebisaannya mereka memang lambat nak process data n provide data tuk kegunaan publik.
Lagi satu,Kalau nak guna GIS ni,pastikan semua IPTA & IPTS belajar dlm satu spftware sahaja.
Kebiasaannya GIS nie,mereka guna ArcGIS,tu yg standart tuk GIS.
Tapi,saya plak,hanya menggunakan GIS software yg asas jer.Tapi alhamdulillah,kena sabar bila part cari n kumpul database ...
GIS Sabah
langau78@yahoo.com
"Misalnya, melalui GIS, kita boleh mengetahui berapa ramai orang yang bernama Siti berumur 25 tahun dan yang belum berkahwin atau sebagainya.
ReplyDeletewah bagusnya kalau gitu... retrieve data makin mudah nowadays ya!!!