Wujud Bandar Maya Gunakan GIS
Ayer Keroh, 27 Jan - Melaka mula menjalinkan hubungan korporatnya dengan negara Iran bagi mewujudkan Bandar Maya (Virtual City) dengan menggunakan Teknologi Maklumat Geografi (GIS) yang akan dimulakan di Hang Tuah Jaya, di sini.
Pengarah Bahagian K-Ekonomi, Azuddin Jud Ismail berkata, Kerajaan Negeri telah bersetuju menjalinkan kerjasama ini bagi meningkatkan kemajuan untuk mencapai maklumat di Melaka.
Menurutnya, sistem GIS yang akan digunakan ini mampu memberi kemudahan kepada Kerajaan Negeri dalam memproses data, mengumpul serta mendapatkan maklumat mengenai rakyat di seluruh negeri.
Sistem ini telah lama digunakan di Iran, malah di sana mereka telah menggajikan lebih 17,000 pekerja bagi mengendalikan sistem ini untuk Kerajaan mereka.
Oleh itu, kita berharap software ini dapat di bawa ke Melaka dan digunakan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu memudahkan pihak Kerajaan memantau dan menganalisis segala data mengenai rakyatnya.
Misalnya, melalui GIS, kita boleh mengetahui berapa ramai orang yang bernama Siti berumur 25 tahun dan yang belum berkahwin atau sebagainya.
"Ini adalah satu pekara mudah dan bukan mustahil untuk mengaplikasikanya di sini jika menggunakan GIS," katanya selepas mengadakan pertemuan bersama delegasi Iran di pejabatnya di sini baru - baru ini.
Sementara itu, wakil Iran, Country Manager of Safa Rayaneh, Javad Zarrin menegaskan, pihaknya gembira dengan kerjasama yang terjalin ini dan berharap agar GIS dapat di aplikasikan di Melaka, sekaligus menjadi negeri pertama yang mengunakannya.
Azuddin juga menjelaskan, Kerajaan Negeri akan menghantar empat pegawai Melaka ke Iran bagi mempelajari dan melatih mereka mengenai sistem terbabit.
Tuesday, February 3, 2009
Subscribe to:
Comments (Atom)